Pengenalan EKSA
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan
semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi
mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif
supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah
penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan
kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di
samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan
jabatan/agensi sektor awam.
MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010
melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam seperti pada
Amalan 5S Sektor Awam
SISIH
SUSUN
SAPU
SERAGAM
SENTIASA
AMAL
merupakan pengasingan dan pelupusan barang-barang
yang tidak diperlukan di tempat kerja.
peralatan dengan teratur, kemas, berkesan, selamat
dan mudah dicapai.
ialah usaha mengekalkan 4 amalan 5S iaitu sisih,
susun, sapu dan seragam di samping melaksanakan
penambahbaikan berterusan di jabatan/agensi
masingmasing.
Penjenamaan Semula Amalan 5S
EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu: • Imej Korporat; • Kreativiti dan Inovasi; • Amalan Hijau • Persekitaran Kondusif; dan • Kepelbagaian Agensi.

No comments:
Post a Comment